Thursday, November 17, 2016

BAKOBA FC MENCIPTA NAMA DI STADIUM BAKUN, BELAGA!!!

Pasukan Bakoba Fc sekali lagi menambah koleksi kejuaraan apabila muncul juara di Stadium Bakun, Belaga iaitu sempena Piala Bakun sesi 2016.Berikut adalah ulasan pertembungan antara dua pasukan gergasi di daerah Belaga:
   Perlawanan akhir Piala Bakun menyaksikan pertembungan antara tuan rumah Bakun Hidro Red menentang Bakoba FC. Pada separuh masa pertama Bakoba Fc mendahului dengan jaringan 2-0 hasil daripada jaringan penyerang berbisa Bakoba iaitu Brobson Matang dan jaringan sendiri oleh pemain Bakun Hidro. Pada masa separuh masa kedua, kedua-dua pasukan masing-masing berbalas serangan. Pada 6 minit terakhir babak kedua Bakun Hidro berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan lencong daripada Richard dan tandukan kencang daripada Doren. Selepas 90 minit bermain, perlawanan diteruskan ke masa tambahan 15 minit separuh masa. 
   Pada babak pertama masa tambahan, Brobson sekali lagi menjaringkan gol buat pasukan Bakoba Fc membuatkan keputusan berubah menjadi 3-2. Masuk babak kedua masa tambahan, Bakoba mendahului 4-2 hsil tandukan Brobson dan pada minit-minit akhir, pemain muda Bakoba Fc iaitu Lalo berjaya menjaringkan gol yang ke-5 buat pasukan Bakoba Fc. Keputusan akhir menyaksikan Bakoba Fc (5) Bakun Hidro Red (2). Bakoba Fc berjaya membawa pulang piala, trofi berserta wang tunai sebanyak RM5,000.00. Brobson Matang(Bakoba Fc) merupakan penjaring terbanyak kejohanan dengan 14 gol, hatrik di perlawanan akhir dan boleh dikatakan setiap perlawanan menjaringkan gol.

   Sempat berbicara dengan jurulatih utama pasukan Bakoba Fc.Ini merupakan ulasan dingin dari beliau: "Rentetan dari prestasi cemerlang pasukan sensasi Bakoba Fc di Bintulu dan Belaga pihak tertentu perlu membuka mata.Hal ini demikian kerana baru-baru ini kita dapat menyaksikan banyak atlet dari daerah belaga yang cemerlang dalam sukan olahraga. Oleh demikian, dalam bola sepak juga kita mengimpikan sesuatu yang sama.Kita berharap bakat-bakat luar biasa "limited edition" dalam kalangan orang ulu perlu dilihat untuk menempah slot ke dalam pasukan bola sepak negeri sarawak.Tidak kira sama ada dalam liga apa-apa pun atau pada devisen mana-mana.Jika tidak, maka sia-sialah kita mempunyai ramai pemain yang hebat dan berbakat tetapi disembunyikan di dalam gua".
-ArroTillowPost

WE ARE CHAMPION


CAPTAIN MENERIMA PIALA

BAKOBA FC VS BAKUN HIDRO RED

0 comments:

Post a Comment