Monday, September 10, 2018

KERTAS KERJA PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW 2018









KERTAS KERJA
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BAWAH 18 TAHUN
2018

ANJURAN:
KELAB SEPAK TAKRAW








KERTAS KERJA
PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BAWAH 18 TAHUN
SMK KEMENA
2018

Anjuran:
KELAB SEPAK TAKRAW


1.       LATAR BELAKANG
Pertandingan ini adalah untuk mengembangkan bakat pelajar dalam kemahiran sepak takraw, penghayatan dan amalan nilai murni semasa menjalankan pertandingan, bekerjasama sesame rakan sepasukan untuk meningkatkan silaturahim, melahirkan individu yang berpengalaman, berkemahiran dalam permainan sepak takraw serta dapat membentuk pasukan Elit yang mantap untuk SMK Kemena tahun 2018.

2.       OBJEKTIF PROGRAM
                                               i.            Mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan pelajar
                                             ii.            Memupuk semangat integrasi nasional, setiakawan, bekerjasama, keakraban dan toleransi yang dapat meningkatkan perpaduan dan integrasi di kalangan peserta berbilang kaum
                                           iii.            Membina keyakinan diri untuk menghadapi cabaran, bertanggungjawab terhadap peranan

3.       BUTIRAN PROGRAM

3.1   Kumpulan sasaran
Semua ahli Kelab Sepak Takraw, SMK Kemena

3.2   Tarikh, Masa dan Tempat Program
Tarikh   :  9-10 Februari 2018 (Khamis-Jumaat)
Masa     :  2:00pm – 4:00pm 
Tempat :  Gelanggang Sepak Takraw, SMK Kemena

        3.3  Aturcara Program:
Masa
Aktiviti
1. 9/2/2018
2.00 pm – 2.30 pm
        Pendaftaran peserta
2.30 pm – 3.00 pm
        Taklimat ringkas mengenai peraturan pertandingan oleh guru penasihat
3.00 pm – 4.00 pm
        Perlaksanaan pertandingan pada peringkat kumpulan
2. 10/2/2018
2.00 pm – 3.30 pm
        Perlawanan peringkat kalah mati, suku akhir, tempat ketiga dan final
3.30 pm – 4.00 pm
        Penyampaian hadiah kepada peserta yang mendapat tempat



       3.4  Ahli jawatankuasa Program
Penasihat  :  Pn. Tang Cheng Mun (Pengetua SMK Kemena)
Pengerusi  :  En. Ismawi Bin Bujang (Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kemena)

Penyelaras:   i) Osman Achan (Ketua Guru Penasihat Kelab Sepak Takraw)
        ii)  Muhammad Afief Shafieq Bin Masahor (Guru Penasihat Kelab Sepak Takraw)


           3.5  Anggaran Perbelanjaan

No.
Item
Kuantiti
Kos Seunit (RM)
Jumlah (RM)
1.
Bola Takraw
2
30
60
Jumlah
60


  1. PENUTUP
Diharapkan pertandingan berjalan lancar seperti yang dirancang.


  1. LAMPIRAN:
Arahan kepada semua peserta:
  1. Pelajar dikehendaki membentuk pasukan masing-masing iaitu empat orang pemain sepasukan.
  2. Terdapat satu kategori iaitu 18 tahun ke bawah
  3. Pelajar dikehendaki memakai peralatan dan pakaian sukan sepak takraw yang lengkap
  4. Pelajar yang tidak mengikuti pertandingan akan bertugas sebagai ahli jawatan kuasa yang akan diberikan oleh guru penasihat
  5. Pasukan yang menunjukkan memenangi pertandingan dan mempunyai bakat akan dipilih mewakili sekolah untuk pertandingan sepak takraw MSSB Bintulu
  6. Semua pelajar dikehendaki menunjukkan bakat dan semangat yang tinggi semasa pertandingan berlangsung

Disediakan oleh:

--------------------------------
(MICHEAL SHUMACHER ANAK KAWI)
Setiausaha Kelab Sepak Takraw
SMK Kemena

Disemak oleh:                                                                                  Diluluskan oleh :

---------------------------                                                                    -------------------------------
(OSMAN ACHAN)                                                                 (ISMAWI BIN BUJANG)
Ketua Guru Penasihat Kelab Sepak takraw                               Penolong Kanan Ko-Kurikulum 
SMK Kemena                                                                        SMK Kemena

0 comments:

Post a Comment