Monday, September 30, 2019

CONTOH KERTAS KERJA FIRE DRILL/LATIHAN KEBAKARAN



KERTAS KERJA FIRE DRILL/LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEMENA 2019


TARIKH : 07 MAC 2019
HARI : KHAMIS
MASA :12.00 MALAM
TEMPAT: DEPAN SURAU











1.0 PENDAHULUAN

Program fire drill/latihan kebakaran merupakan salah satu aktiviti tahunan Lamin Sekolah Menengah Kebangsaan Kemena. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan langsung kepada pelajar untuk menghadapi bahaya kebakaran. Selain itu, program ini  dilakukan untuk melatih para pelajar tentang kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan/kebakaran berlaku di asrama.


2.0 OBJEKTIF

Melalui program ini diharapkan dapat,

(a)  Memberi latihan kepada pelajar asrama sekiranya berlaku kebakaran di asrama.
(b)  Menambahkan pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang kaedah menyelamat diri ketika berlakunya kebakaran/kecemasan.
(c)  Memberi pendedahan kepada pelajar asrama tentang pentingnya mengetahui laluan kecemasan   sekiranya berlaku kebakaran di asrama
(d)  Mengaplikasikan kemahiran Fire drill dalam kehidupan seharian

3.0 TARIKH
07 Mac 2019 (Khamis)

4.0 MASA
12.00 Malam

5.0 TEMPAT
Assembly point:Depan Surau

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Pengerusi                                               : Puan Mastura Binti Mohamad Mansor
                                                                    (Pengetua SMK Kemena)
Timbalan Pengerusi                              : Puan Regina Anai Anak Kihing
                                                                    (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi                                      : Encik Orben Anak Dewen
                                                                    (Ketua Warden)
Penyelaras                                              : Encik Osman Achan
                                                                    (Warden Lamin)
Kawalan Disiplin                                    : Puan Yusni Binti Jueng/ Semua Warden
Dokumentasi                                          : Cik Zahora Binti Ahyan
Keselamatan                                          : Encik Ladi Ak Andrew
Penjaga masa                                     : Cik Pang Lajung
Peralatan                                                 : Puan Rabai Jackson Ismawi Abdullah
Siren kecemasan                                : Cik Nurmiati Binti Nursyah



7.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH/HARI
MASA
PERKARA/AKTIVITI



07/03/2019
( Khamis )
9.30-10.30 pm
Semua warden berkumpul di surau SMK Kemana
10.30-11.30 am
Semua warden bergerak ke tempat bertugas masing-masing
12.00 am
Siren kecemasan dibunyikan. Semua pelajar asrama bergerak ke tempat berkumpul iaitu depan surau dalam keadaan pantas mengikut laluan kecemasan yang ditetapkan
12.05 am
-Semua pelajar dikehendaki berbaris mengikut bilik masing-masing.
-Pengawas akan merekodkan kehadiran pelajar setiap bilik.
-AJK Fire drill membuat rondaan dan memeriksa setiap bilik serta persekitaran asrama.
-Pengawas akan melaporkan situasi keadaan kepada ketua warden.
-Ucapan ringkas daripada Puan Pengetua.
-Ketua warden membuat ulasan dan nasihat kepada semua penghuni asrama.
-Ketua warden dibantu oleh dua orang pelajar menunjukkan demonstrasi tentang langkah memadam api kebakaran
12.45 am
Semua pelajar bergerak ke bilik masing-masing



8.0 PENYERTAAN
Program akan melibatkan  semua pelajar Asrama Lamin, para warden,dan pentadbir sekolah

9.0 SUMBER KEWANGAN
-Tiada


10.0      ANGGARAN PERBELANJAAN
-Tiada

11.0      PENUTUP

Setinggi-tinggi penghargaan daripada pihak Jawatankuasa Pelaksana Program Fire drill/latihan kebakaran  Sekolah Menengah Kebangsaan Kemena kepada pihak pentadbiran sekolah atas kerjasama dan kelulusan melaksanakan program ini, Kami berharap agar program ini berjalan dengan lancar dan jayanya di samping mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan juga agar program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan jalinan permuafakatan bukan sahaja kepada pelajar dan para warden malah juga kepada sekolah turut mendapat manfaat daripadanya.













Di sediakan oleh,

…………………………..
Di semak oleh,

……………………………

Di sahkan oleh,

……………………………
( Osman Achan )
( Regina Anai AK Kihing )
( Mastura Binti Mohamad Mansor )
Warden Asrama
Penolong Kanan HEM
SMK KEMENA
Pengetua
SMK Kemena




















































0 comments:

Post a Comment