Sunday, October 9, 2016

BAKOBA FC NAIB JOHAN PADA KEJOHANAN FUTSAL BBSB 2016!!


Pasukan Bakoba Fc atau Badeng Koyan Baru merupakan sebuah persatuan bola sepak dari Asap Koyan, Belaga. Pasukan Bakoba mempelbagaikan jenis sukan dengan berjinak-jinak dalam sukan futsal.Jika sebelum ini Bakoba FC hanya popular dalam sukan bola sepak tetapi kini semakin berminat dengan sukan futsal.Lebih kurang dalam satu bulan pasukan Bakoba dapat mengumpul empat kejuaraan iaitu 2 kali johan di Belaga dan 2 kali johan di Bintulu.Kejuaraan ini dilihat agak luar biasa kerana pertama kali mereka membentuk pasukan dalam sukan futsal.

Dalam usaha mencapai kejuaraan dalam bidang futsal, pasukan Bakoba mempunyai tiga kelebihan iaitu pakar taktikal,tahan lasak dan mempunyai stamina atau ketahanan nafas yang luar biasa(Stamina Babi).Di samping itu, mereka juga mempunyai semangat juang yang tinggi iaitu tidak mudah kalah dalam apa-apa jua pertandingan yang dipertandingkan.Tanpa kita sedari, pasukan Bakoba juga mempunyai 4 orang pemain yang sedang bermain dan bekas pemain Piala belia Sarawak dan Piala Presiden.

Pengurus pasukan Bakoba FC iaitu Sanchez Ero juga merupakan seorang bekas pemain licah suatu ketika dahulu.Beliau mempunyai kredabiliti yang tinggi serta mempunyai kemahiran taktikal yang tinggi dalam sukan futsal dan bola sepak.Hasil daripada bimbingan jurulatih pasukan ini telah mendapat 4 kejuaraan dan mendapat Naib Johan di Kejohanan Futsal BBSB 2016 yang bertempat di stadium Muhibah,Bintulu.


Piala BBSB ini dikira kejohanan paling besar di Sarawak dan mungkin di Malaysia. Dari Semenanjung, Sabah dan hampir seluruh bahagian di Sarawak menghantar penyertaan.Berikut adalah keputusan Bakoba FC sepanjang kempen mereka:
Keputusan peringkat kumpulan:
1.BAKOBA FC VS IMJ BLACK(MIRI) : 0-0
2.BAKOBA FC VS SESUKA FT(BINTULU) : 2-0
3.BAKOBA FC VS NEO NEXUS(KUCHING) : 5-0
Keputusan peringkat suku akhir 1&2:
4.BAKOBA FC VS KIDURONG FC(BINTULU) : 1-0
5.BAKOBA FC VS BABY TEAM(SABAH@TOP TEAM SABAH) : 1-0
Keputusan peringkat separuh akhir:
6.BAKOBA FC VS HENTAM CROMO(BINTULU) : 1-0
Final:
7.BAKOBA FC VS TWISTER UNITED(BINTULU) : 0-1
Hanya 1 bolos sepanjang kejohanan. Bangga dah Final 3 kali di Bintulu. 2 kali Juara dan kali ini N.Juara. Di daerah Belaga 2 kali Juara. Kesimpulannya, 4 kali Juara dan sekali Naib Juara hanya dalam masa sebulan lebih sahaja.


NAIB JOHAN PIALA BBSB 2016

Depan
Kiri ke kanan:Lhet, Whau yeah (The Best Goal Keeper)
Belakang
Kiri ke kanan:Ochet (Head Coach), Bhuutz,Bidin,Ottilow,Wheem,Becik and Mazq

x

0 comments:

Post a Comment