Sunday, November 3, 2013

NASIHAT kepada Pejuang BARAM DAM

MEGA DAM MUSNAHKAN KAWASAN ORANG ULU
Terfikir juga dalam kepala otak ini mengenang nasib ORANG ULU yang tidak berdosa dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang kawasan mereka daripada ditenggelami Tsunami buatan sendiri makhluk tidak berperikemanusian. Orang Ulu terdiri daripada Kenyah, Kayan, penan, kejaman, sekapan dan lain-lain telah mengalami balah ini.Kehidupan yang penuh dengan ketenangan jiwa, flora dan fauna, kesejukan yang menawan, tiada pencemaran dan kaya dengan sumber hutan telah dimusnahkan.Zaman ke zaman, abad ke abad dan hari ke hari begitulah Tanah nenek moyang ini didiami oleh manusia insan biasa orang ulu.Cuba bayangkan jika anda telah mendiami sesuatu kawasan tersebut hampir beratus-ratus tahun dahulu, kemudian kawasan tersebut ditenggelami tsunami buatan manusia. Apakah perasaan anda? Begitulah yang dialami oleh orang ulu di Bakun, Belaga, Murum dan di Baram.
Atas dasar pembangunan, SEB dan Taib Mahmud KM Sarawak telah memaksa penduduk untuk berpindah ke kawasan baru yang tidak dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi.Tanah dari berhektar-hektar dulu, dan kini hanya 3 ekar sekelurga.Cukupkah tanah ini untuk menampung kehidupan sekeluarga yang semakin pesat bertambah. Sedangkan tanah di Sarawak sangat luas dan penduduk pula sedikit.Untuk siapakah tanah yang luas ini?Untuk kompeni, kroni elite di sarawak?Secara jujurnya, penduduk yang terlibat dalam Mega Dam banyak mengalami kesulitan daripada kesenangan. Di penempatan asap kita jelas lihat adanya masalah air yang tidak terurus, tanah 3 ekar saja, masalah sosial semakain menjadi-jadi iaitu penyalahgunaan dadah,menghadapi kos hidup yang tinggi, bayan elektrik tinggi dan sebagainya.
Nasihat kepada orang baram agar mempertahankan tanah nenek moyang kita dengan cara apa-apa pun.Ternyata manusia yang kejam tidak akan menghormati kita. Jadi lakukan cara yang terbaik untuk menunjukkan kita berani kepada Dunia.

0 comments:

Post a Comment