Monday, October 21, 2013

Penerangan berkaitan Alkitab

Alkitab Dituduh Telah Diipalsukan? 

Ramai orang Kristian mendapat cabaran iman dari pihak Islam dengan mengatakan bahawa Alkitab telah dipalsukan. Benarkah itu? Bagaimana untuk menjawabnya? Menurut fakta sejarah, Islam wujud pada tahun 600 Masihi iaitu 400 tahun selepas Kekristianan.
Di dalam banyak fakta sejarah yang wujud di dalam Islam, ada 1 perkara yang membuatkan saya 'ragu-ragu' terhadap kesahihan Al-Quran yang dimiliki oleh agama Islam ini. Alkitab telah lulus ujian teks purba, tetapi Al-Quran tidak pernah melalui ujian teks purba. Berbalik kepada topik post ini, menurut sumber sejarah, dikatakan bahawa timbulnya tuduhan yang mengatakan Alkitab itu tidak sahih adalah kerana individu yang bernama Ibn Hazm yang telah membuat tuduhan itu pada tahun 1046. Tetapi apa kata para tokoh-tokoh Islam?
Pengakuan Tokoh-Tokoh Islam
Tuan Sayyid Ahmad Khan, Pengasas Kolej Aligarh, Pakistan:
“Pada pendapat kami para Muslim, tidak ada apa2 bukti bahwa korupsi teks Kitab2 suci telah berlaku.”
Fakharuddin Razi mengutip daripada Ibni Abbas, seorang anak saudara Nabi Muhammad, bahawa:
“Umat Yahudi & umat Kristian awal disyaki mengubah teks Taurat & Injil. Tetapi menurut pendapat tokoh2 & ulamak Islam perbuatan ini adalah tidak mungkin, kerana kitab2 itu sudah pun dikenali ramai dimuka umum & juga sudah tersebar amat luas. Juga mereka telah diwarisi oleh satu generasi ke generasi yg berikutnya.”
Muhammad Abduh (1849-1905), seorang tokoh ilmu tauhid yg telah mengajar di Universiti Al-Azhar mengakui bahawa:
“Tuduhan korupsi teks Kitab Injil sesungguhnya tidak berasas sekali. Adalah MUSTAHIL bagi umat Yahudi & Kristian di merata tempat berkomplot & bersubahat meminda & mengubahsuai teks Kitab2 suci mereka. Walaupun andainya mereka di tanah Arab telah melakukannya, perbedaan diantara kitab2 mereka & kitab2 umat Kristian di tempat lain – misalnya di Eropah akan berbeda secara begitu jelas ketara.”
Untuk pengetahuan orang-orang Kristian, Alkitab yang telah dikanonisasikan/dibukukan pada tahun 325 Masihi, itulah Alkitab yang kita gunakan sampai sekarang. Jadi,
Soalan (Rujuk Gambar di bawah)
1. Jika Ibn Hazm menuduh Alkitab dipalsukan, bukankah itu bertentangan dengan dorongan Nabi Mohammad untuk rujuk kepada Alkitab?

2. Apakah Ibn Hazm mempunyai autoriti lebih tinggi dari Nabi Mohammad?
3. Siapakah yang patut dituruti, Nabi Mohammad atau Ibn Hazm?
4. Bukankah tuduhan Ibn Hazm itu juga menunjukkan bahawa Nabi Muhammad melakukan kesilapan?
5. Apakah benar tuduhan Ibn Hazm itu? Buktikan.
Semoga sahabat-sahabat di dalam Kristus mendapat pencerahan baru.

0 comments:

Post a Comment