Tuesday, October 15, 2013

MyCORPS Belaga

PENGENALAN
MyCorps Belaga merupakan satu Komiti Sukarelawan yang ditubuh khas untuk Daerah Belaga diatas kerjasama Inisiatif MyCorps (Malaysian Youth Volunteers) . Inisiatif MyCorps ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib B. Tun Abdul Razak semasa Himpunan Sejuta Belia Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2011.

OBJEKTIF
MyCorps Belaga merupakan satu program yang memberi fokus kepada Khidmat Komuniti dan Misi Kemanusiaan serta gerak kerja kesukarelaan di Daerah Belaga.
MyCorps Belaga melahirkan belia Belaga yang berumur 18 -35 tahun yang berkemahiran, berketrampilan, berkualiti dan memiliki nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi.
MyCorps Belaga bertujuan melaksanakan tugas kesukarelaan di kawasan setempat disamping memupuk kesedaran dalam diri belia tentang isu-isu permasalahan yang timbul di Belaga berkaitan dengan alam sekitar, bekalan sumber elektrik & air, konflik, perpaduan, pendidikan, bencana,kesihatan dan sebagainya.
MyCorps Belaga bersedia bertindak untuk memulihkan keadaan di Daerah Belaga dari sebelumnya.
Ahli Jawatankuasa MyCorps Belaga
Presiden:
Wellson Kudam

Timbalan Presiden:
Setiausaha:
Bendahari:

Sekretariat:
Jawatankuasa Eksekutif:

0 comments:

Post a Comment