Sunday, October 13, 2013

Kojep Lung

Cendawan ini sangat popular dalam masyarakat Kenyah.Bak kata pepatah "bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan" itulah yang boleh diungkapkan kepada cendawan ini.Dalam bahasa Kenyah cendawan ini dinamakan "Kojep Lung".Kebiasaannya cendawan ini akan menjelma selepas hujan dan ketika suhu sejuk.Ianya juga sangat sedap untuk dimakan.Apabila memasak tumbuhan ini kita tidak perlu untuk meletakkan penambah perisa atau aji no moto dengan banyak kerana ianya secara semulajadi mempunyai perasa..Asu manai

0 comments:

Post a Comment